Tuesday, August 20, 2013

CCBoot Diskless System Configurations

Pertama sekali terima kasih kepada Brother Joe diatas keperihatinannya terhadap apa yang aku sedang usahakan buat masa ini. Beliau begitu memudahkan kerja-kerja aku selama ini sehingga aku boleh goyang kaki sambil tunggu dia settingkan server aku, terima kasih sesangat. Tetapi itu tidak bermaksud untuk menyusahkan beliau kerana aku sendiri pun sambil memerhatikan apa yg beliau buat, aku dapat belajar sedikit sebanyak tentang server dan client dalam diskless sistem ni. Arahan terbaru dari beliau sudah aku terima ekoran kegagalan client pc untuk diskless boot dari server, nanti aku kena format balik dan cuma install driver mobo sahaja. Sekarang ni masih belum sempat nak buat apa-apa lagi sebab banyak sangat kerja yg perlu dibereskan. Daripada apa yang dapat aku belajar semalam, ialah setting untuk server. client juga perlu seting tapi tak banyak la sebab client selepas ini akan boot dari server so hardisk tidak lagi diperlukan di client.

Untuk upload image dari client ke server, IP server perlu dimasukkan dan diserver kena enable client upload bagi pc yang akan diupload imagenya.

Percubaan pertama semasa boot dari server mengalami kegagalan kerana masalah driver network/lan. lepas tu beliau suruh boot pakai hardisk balik untuk fix masalah ni.


Aku pun heran juga, kenapa lepas upload image jadi macam ni, mungkin tak perasan dengan setting yang telah beliau buatkan. then aku install balik driver ni pakai driverpack:
selepas berbuat demikian, sekali lagi beliau access dengan teamviewer untuk setting seterusnya
 Hasilnya: Masih gagal untuk diskless boot, stuck dekat logo windows. Beliau cadangkan supaya format balik client dan cuma intall driver mobo sahaja.
Tengok hasilnya nanti. Thanks.

Wednesday, August 14, 2013

Create Boot Image

Selamat Hari Raya 2013 Kepada semua umat islam seluruh dunia. Masih lagi kusut dengan diskless sistem untuk CyberCafe kt sini. Step2 aku ikut dari website2 berkaitan ccboot, walaubagaimanapun, step2 ini tidak merangkumi keseluruhan sistem sebagai guide atau panduan untuk memasang Diskless System. Jadi banyak perkara kena tahu, terutamanya dalam bidang networking.
Difahamkan juga, router mesti disable DHCP supaya tiada lagi dynamic IP yang di assign kepada client atau komputer setiap kali restart. Ini adalah bertujuan untuk memastikan Server dapat mengenalpasti IP tetap atau static IP bagi setiap client supaya Boot Image yang di akses dari client mendapat kebenaran eksklusif dari Server. Untuk buat Boot image difahamkan kena Fresh install/format samada windows XP/7 dan install semua basic drivers dan game component macam directx, flash, java dan seangkatan dengannya. Selepas complete install dan update (antivirus tak payah install) barulah install CCbootClient untuk proses upload Image. Sekarang aku masih memerlukan bantuan pakar2 ini untuk masalah2 yg menjadi kebuntuan aku, masalah2 adalah seperti berikut.

1. Disable DHCP Router - sudah aku disablekan kt router, lepas tu router reboot. cuma ak rasa macam belum selesai lagi step ni. mungkin ada setting2 yang perlu dibuat setrusnya seperti IP dan sebagainya. Macam mana nak set static IP kt client (jika perlu).

2. Upload Image Client - mungkin ekoran masalah diatas aku gagal untuk ke step seterusnya. Install CCboot dah OK ikut step2 tu. masa nak Upload keluar Error: Connect Host Fail. IP server ada 2 iaitu 192.168.1.10 dan 192.168.1.12. semuanya fail.



3. Server TFTP - Selepas aku Disable DHCP router, dan restart Server (WinServer2008R2), dia kuar TFTP Service error. Amende tu? dan mcm mana nak fix. Gambaran situasi server:








Laporan ini disediakan untuk salah sorang otai dari Kedah untuk beliau membuat rumusan bg punca2 permasalahan di atas. Sekian terima kasih.

Sunday, August 4, 2013

Server untuk Diskless System

Alhamdulillah, dapat juga buat pertama kali menjejakkan kaki ke Ibu negara Tanah Tumpah darah ku, Malaysia. Semata-mata nak cari server terbaik untuk siber cafe, terpaksa bermalam sehari di KL. Setelah puas melihat perbandingan harga, akhirnya inilah benda yang dimaksudkan itu:

Spec secara kasar:
* Intel Xeon
* Ram 8Gb
* 6 Slot Sata
* 128 GB SSD
* 2 ethernet RJ45 Slot (tak pasti untuk apa)

Harga server + Cat6 305m + Switch 24 Port Gigabit + UPS = dalam RM3k+ ja..
THE POWER OF LOW YAT

Sekarang ni dalam proses pemasangan dan penggantian kelengkapan sedia ada kepada kelengkapan baru. Untuk pengetahuan semua, ini adalah kali pertama aku nak pasang server kat CC, segala Ilmu berkaitan server aku fail. So berharap sangatlah ada yang sudi membantu. Setakat ni hanya sorang saja Otai yang aku kenal, tu pun kat FB.

Dari apa yang aku faham, step2 seterusnya ialah:

1. Sediakan 3 HDD (SSD dah ada so jadi 4 semua)
2. HDD1 install Windows Server 2008 (Install CCboot dlm ni kot)
3. seterusnya sedang menunggu arahan dari pakar dan Otai2.


Thursday, August 1, 2013

Cybercafe Diskless System

Selamat berpuasa kepada seluruh umat islam terutamanya di Malaysia ni kerana masih mampu menjalankan aktiviti harian seperti hari2 biasa. Entry kali ini aku nak tujukan khas kepada Joe LesPaul GuitarPro sebagai satu bentuk soalan kepada beliau. Tujuan soalan ni adalah untuk memenuhi satu hasrat yang telah lama mengidamkan sebuah Diskless System.
Sebelum itu aku nak perkenalkan spesifikasi yang digunakan dalam 10 PC (11 termasuk server) di cybercafe ini:

 
 

Biar gambar berbicara, spec ni takda la high-end gaming sangat, tapi blackshot smua tu smooth la, kira OK jugak la kot. GC 2GB, Ram 4GB, HDD 500GB setiap client. Dari segi sambungan networking pula, aku pakai CAT5 yg kaler putih ni:


Aku difahamkan oleh beliau bahawa, cable macam ni tak jadi masalah untuk buat diskless, tapi switch mestilah Gigabit. (Switch ni aku akan tukar dalam masa terdekat ni sambil nk p beli server kat KL nanti):

Server yang aku maksudkan, masih belum diketahui lagi spec dia macam mana, tapi seller bagitau dia ada server terbaik untuk Cybercafe bajet bawah 3k. Tapi yang pasti, server tu tidak termasuk Hardisk. Persoalannya, adakah Hardisk yang digunakan di server berbeza dengan yg digunakan di client? Sebab jika client tidak lagi memerlukan hardisk, aku ingat tak perlu nak beli hardisk baru untuk server.

Di server pula, aku difahamkan Operating system yang digunakan ialah Windows Server 2003/8. Aku prefer 2008 la sebab lebih baru dari 2003 kan. Aku rasa itu saja buat masa ni. Lepas ni akan ada problem dalam pemasangan yang memerlukan aku untuk bertanya kepada pakar. Esok p KL. Thanks.