Selamat Hari Raya 2013 Kepada semua umat islam seluruh dunia. Masih lagi kusut dengan diskless sistem untuk CyberCafe kt sini. Step2 aku ikut dari website2 berkaitan ccboot, walaubagaimanapun, step2 ini tidak merangkumi keseluruhan sistem sebagai guide atau panduan untuk memasang Diskless System. Jadi banyak perkara kena tahu, terutamanya dalam bidang networking.
Difahamkan juga, router mesti disable DHCP supaya tiada lagi dynamic IP yang di assign kepada client atau komputer setiap kali restart. Ini adalah bertujuan untuk memastikan Server dapat mengenalpasti IP tetap atau static IP bagi setiap client supaya Boot Image yang di akses dari client mendapat kebenaran eksklusif dari Server. Untuk buat Boot image difahamkan kena Fresh install/format samada windows XP/7 dan install semua basic drivers dan game component macam directx, flash, java dan seangkatan dengannya. Selepas complete install dan update (antivirus tak payah install) barulah install CCbootClient untuk proses upload Image. Sekarang aku masih memerlukan bantuan pakar2 ini untuk masalah2 yg menjadi kebuntuan aku, masalah2 adalah seperti berikut.
1. Disable DHCP Router - sudah aku disablekan kt router, lepas tu router reboot. cuma ak rasa macam belum selesai lagi step ni. mungkin ada setting2 yang perlu dibuat setrusnya seperti IP dan sebagainya. Macam mana nak set static IP kt client (jika perlu).
2. Upload Image Client - mungkin ekoran masalah diatas aku gagal untuk ke step seterusnya. Install CCboot dah OK ikut step2 tu. masa nak Upload keluar Error: Connect Host Fail. IP server ada 2 iaitu 192.168.1.10 dan 192.168.1.12. semuanya fail.
3. Server TFTP - Selepas aku Disable DHCP router, dan restart Server (WinServer2008R2), dia kuar TFTP Service error. Amende tu? dan mcm mana nak fix. Gambaran situasi server:
Laporan ini disediakan untuk salah sorang otai dari Kedah untuk beliau membuat rumusan bg punca2 permasalahan di atas. Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment