Saturday, October 19, 2013

Blog Suspended

Ari ni nak cerita pasal nostalgia zaman kegemilangan Syok.Org.

Pada tahun 2005-2006, website budakcosmo.net baru nak famous. Masa tu aku masih main mIRC untuk chating, download dan sebagainya. Tiba-tiba ada satu room atau channel otai2 Shell mIRC. aku join channel tu sampai dapat jadi Op (operator). Disitu jugaklah aku dijemput untuk menjadi admin budakcosmo.net. selang beberapa tahun, website tersebut bertukar nama dan versi kepada Syok.Org. Sampai aku pun lupa macam wajah budakcosmo.net dulu. Aku adalah admin terawal post movie dalam category tersebut kalau tak silap. ID aku nombor 24, maksudnya antara 24 terawal mendaftar dalam website syok.org pada masa tu. Banyak link2 download yang aku sumbangkan. Sambil2 tu aku belajar buat website dan blog. Kalau korang masih ingat, sebelum blogspot famous, tripod adalah platform blog yg terawal pernah aku cuba. Tripod banyak sangat iklan, sekarang ni tak tau la macam mana. betapa banyaknya blog yang aku buat, sampai tak ingat semua password dan mati begitu saja. Salah satunya, ahmadaiman.wordpress.com.

Inilah antara blog aku yang berjaya mendapat tempat. Bilangan pelawat kira2 100 lebih sehari. Aku promote kt forum Syok.org dan mendapat permintaan update yang sangat tinggi. Sehinggalah pada satu tahap, tanpa sebarang amaran, blog aku lingkup. Aku tak mau berburuk sangka, tapi aku rasa mesti ada yang report. Walaubagaimanapun Alhamdulillah, aku sempat kumpul download point melalui Ziddu sehingga USD100lebih.


Sampai sekarang aku tak boleh recover data2 aku balik. Aku rindukan zaman kegemilangan itu.

Wednesday, October 16, 2013

Company Website

Selamat Hari Raya Aidiladha.
Lama dah ketinggalan nak update entry kat sini. sepatutnya post kali ini berkaitan dengan EcafePro, tapi oleh kerana banyak urusan yang perlu dibereskan terpaksalah tangguh buat sementara waktu. Sekarang ni sibuk dengan website company untuk Program SKMM. InsyaAllah ada habuannya nanti.

Sambil-sambil belajar tentang website ni, saya nak promote sikit pasal pakej website termurah di Malaysia ni iaitu serendah RM10 sahaja untuk hosting dan domain .com.my RM70 setahun. Sebenarnya memang dah lama belajar website ni, masa pengajian tinggi pon dah khatam, cuma perlu dipraktikkan balik supaya kemahiran ni tidak mati begitu saja.

Untuk maklumat lanjut tentang website, boleh terus ke website rasmi company saya : http://pmmc.com.my/?page_id=70