Tuesday, August 20, 2013

CCBoot Diskless System Configurations

Pertama sekali terima kasih kepada Brother Joe diatas keperihatinannya terhadap apa yang aku sedang usahakan buat masa ini. Beliau begitu memudahkan kerja-kerja aku selama ini sehingga aku boleh goyang kaki sambil tunggu dia settingkan server aku, terima kasih sesangat. Tetapi itu tidak bermaksud untuk menyusahkan beliau kerana aku sendiri pun sambil memerhatikan apa yg beliau buat, aku dapat belajar sedikit sebanyak tentang server dan client dalam diskless sistem ni. Arahan terbaru dari beliau sudah aku terima ekoran kegagalan client pc untuk diskless boot dari server, nanti aku kena format balik dan cuma install driver mobo sahaja. Sekarang ni masih belum sempat nak buat apa-apa lagi sebab banyak sangat kerja yg perlu dibereskan. Daripada apa yang dapat aku belajar semalam, ialah setting untuk server. client juga perlu seting tapi tak banyak la sebab client selepas ini akan boot dari server so hardisk tidak lagi diperlukan di client.

Untuk upload image dari client ke server, IP server perlu dimasukkan dan diserver kena enable client upload bagi pc yang akan diupload imagenya.

Percubaan pertama semasa boot dari server mengalami kegagalan kerana masalah driver network/lan. lepas tu beliau suruh boot pakai hardisk balik untuk fix masalah ni.


Aku pun heran juga, kenapa lepas upload image jadi macam ni, mungkin tak perasan dengan setting yang telah beliau buatkan. then aku install balik driver ni pakai driverpack:
selepas berbuat demikian, sekali lagi beliau access dengan teamviewer untuk setting seterusnya
 Hasilnya: Masih gagal untuk diskless boot, stuck dekat logo windows. Beliau cadangkan supaya format balik client dan cuma intall driver mobo sahaja.
Tengok hasilnya nanti. Thanks.

No comments:

Post a Comment