Selamat berpuasa kepada seluruh umat islam terutamanya di Malaysia ni kerana masih mampu menjalankan aktiviti harian seperti hari2 biasa. Entry kali ini aku nak tujukan khas kepada Joe LesPaul GuitarPro sebagai satu bentuk soalan kepada beliau. Tujuan soalan ni adalah untuk memenuhi satu hasrat yang telah lama mengidamkan sebuah Diskless System.
Sebelum itu aku nak perkenalkan spesifikasi yang digunakan dalam 10 PC (11 termasuk server) di cybercafe ini:
Biar gambar berbicara, spec ni takda la high-end gaming sangat, tapi blackshot smua tu smooth la, kira OK jugak la kot. GC 2GB, Ram 4GB, HDD 500GB setiap client. Dari segi sambungan networking pula, aku pakai CAT5 yg kaler putih ni:
Aku difahamkan oleh beliau bahawa, cable macam ni tak jadi masalah untuk buat diskless, tapi switch mestilah Gigabit. (Switch ni aku akan tukar dalam masa terdekat ni sambil nk p beli server kat KL nanti):
Server yang aku maksudkan, masih belum diketahui lagi spec dia macam mana, tapi seller bagitau dia ada server terbaik untuk Cybercafe bajet bawah 3k. Tapi yang pasti, server tu tidak termasuk Hardisk. Persoalannya, adakah Hardisk yang digunakan di server berbeza dengan yg digunakan di client? Sebab jika client tidak lagi memerlukan hardisk, aku ingat tak perlu nak beli hardisk baru untuk server.
Di server pula, aku difahamkan Operating system yang digunakan ialah Windows Server 2003/8. Aku prefer 2008 la sebab lebih baru dari 2003 kan. Aku rasa itu saja buat masa ni. Lepas ni akan ada problem dalam pemasangan yang memerlukan aku untuk bertanya kepada pakar. Esok p KL. Thanks.
No comments:
Post a Comment