Thursday, September 12, 2013

DHCP Setting Avoid IP Conflict

Sebelum ini dah ada entry berkaitan DCHP Server dan setting router untuk disable dhcp kat router. Seperti sangkaan, benarlah setting ini belum siap sepenuhnya kerana di server sendiri perlu juga setting. Contohnya kalau tanpa Diskless sistem, kita kena assign ip untuk setiap client seperti gambar ini:

Gambaran di Server 2nd ethernet port yang telah disambung dengan router


Setting ini adalah untuk router yang telah diDisablekan DHCP. Berbeza untuk Diskless sistem, setting cuma perlu dilakukan diserver sahaja. buat masa ni server aku sendiri pun tak boleh connect internet, itu yang agak menghairankanku, tapi client boleh seperti biasa. IP di client semua ditetapkan oleh server atau jika mahu ubah pun juga diserver.

Di Diskless client, gambaran adalah seperti berikut:

Ip 192.168.1.11 itu boleh diubah diserver mengikut pilihan masing2, server dapat mengenal pasti PC mana yang settingnya diubah kerana mac address tidak berubah.

Ini pula adalah gambaran di client, C: adalah image dari server yang telah diupload dalam SSD. D: adalah hardisk lain yg dikhususkan untuk Game (E: tu adalah pendrive aku). Nampak macam 2 partition, tapi sebenarnya hardisk yang berlainan yg diakses dari server.

Sekarang ni aku dalam proses mendownload dan install game2 baru kedalam E:. Sekian.

No comments:

Post a Comment