Saturday, September 14, 2013

EcafePro as Billing System

Alhamdulillah, internet connection berfungsi dengan baik di kesemua PC. Masalah server yang tiada internet tempoh hari adalah disebabkan IP conflict yang berlaku antara salah satu adapter Lan server dengan IP client. IP client untuk PC1 aku set 192.168.1.11, jadi di server (2nd port) aku ubah menjadi 192.168.1.111.


Server ini terdapat 2 adapter (2port) untuk cat6 connection:

Setting untuk port pertama adalah seperti berikut:

Ini adalah setting asal daripada otai yg telah membantu melalui TeamViewer, terima kasih yang tak terhingga kepada beliau, setting ni kalo cari kat internet pon takda. Seterusnya, di CCboot software, aku test pada 2 pc client seperti berikut:


PC1 dan PC2


Setting asal juga daripada otai, cuma aku ubah IP setiap client supaya EcafePro dapat mengenalpasti setiap client berpandukan IP. Nampak tak hubungkait dia? Server mengenalpasti Client berpandukan Mac Address, manakala EcafePro (Install kat PC kaunter) mengenalpasti client melalui IP yang diset oleh server.

Untuk lebih jelas, lihat setting ini:
 IP Allocated start-end tu adalah range yang kita hadkan untuk server scan DHCP atau IP dalam network. Setting kt atas tu aku dah tukar dari 192.168.1.30 kepada range yg lebih besar iaitu 192.168.1.110 (max 255) kerana client aku nak set sehingga ip tersebut sahaja. Nanti entry seterusnya aku akan tunjuk mcm mana IP yg aku setkan pada client. (tak kisah mcm mna IP client cuma aku set untuk mudah ingat sebab nanti ak cadang nk pakai VNC viewer)


Yang kat atas ni pula adalah disk mapping yg mana akan terwujud partition di client seperti yg telah aku tunjuk dalam post sebelum ini, cuma sekarang kita lihat hubungkaitnya dengan server. Hardisk di server adalah seperti berikut:
GameDisk diatas ialah pertition E: (1 hardisk sebenarnya) yg mana tidak boleh diakses semasa superclient diaktifkan. Untuk entry yang seterusnya aku akan tunjukkan macam mana untuk setting EcafePro sebagai billing sistem. Nampak entry ni dah panjang sangat, boring plak korang baca.

5 comments:

  1. Salam bos, saya pun baru siap dapat configure ccboot v2.1 .. guna yg free download kat ccboot boleh takat 5 pc je.. skrg nih server windows 7 x64 tapi client windows 7 x32 je.. Belum lagi dapat cara nak guna game server.. boleh bos tunjuk ajar macamana nak setup game server.. harddisk ada kosong 1TB tapi game belum ada.. terima kasih.. salam Rizal Mohamed..

    ReplyDelete
  2. Diskless dah boleh boot? sbelum setting gamedisk kat server, biar client boleh boot tanpa hardisk dengan lancar dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullillah..

      Skrg nih dah dekat seminggu jalan lancar 5utir.. minggu lepas tuh kritikal... mula2 buat tak jadi sokmo walaupun dah ikut 100% manual..

      Sekarang nih sebelum buat windows update dah "enable update image".. kemudian "disable update image" kalau utk kegunaan biasa..

      Skrg nih nak tambah games belum pandai.. tgh carik games..
      Kalau dapat tunjuk ajar tuan..

      Terima kasih..

      Delete
    2. Masaalah yg berlaku dekat saya sekarang soal GAME disk selalu drive hard drive corrup... dan satu lagi game paling masaalah BlackShot...

      kalau tuan ada cara selesaikannya boleh la bantu saya :)

      Delete