Ramai yang tidak tahu sebenarnya GMail menawarkan penghantaran mesej ringkas atau SMS percuma. Ini bukanlah satu rahsia yang disembunyikan oleh GMail, tetapi pengguna yang tidak cakna dalam penggunaan email.
Berikut adalah cara-cara menghantar SMS Melalui GMail (Daftar GMail sekiranya anda belum mempunyai akaun GMail)
1. Login GMail, Lihat pada bahagian bawah (Gambar): Masukkan nombor telefon rakan yang ingin dihantar SMS pada kotak Chat and SMS, kemudian masukkan nama rakan, Klik Send SMS.
2. Kotak SMS akan keluar pada sebelah bawah kanan GMail anda, taip Mesej yang ingin dihantar, kemudian tekan ENTER.
GMail hanya membenarkan mesej dihantar sebanyak 50 kali sahaja untuk sehari. Ia sudah memadai untuk pengguna yang tidak memiliki telefon tetap.
No comments:
Post a Comment