fuhh.. lama sungguh tak jenguk blog ni. sampai lupa bahawa ia pernah wujud..
sayang pulak rasa tak manfaatkan platform yang sediada ni. kali ni aku nk start dari zero balik, dah jauh lari bidang ni. Daripada bidang komputer kepada bidang smartphone.
aku cuma follow the flow.. bukan bermakna tak ada prinsip, tapi untuk meneruskan survival juga memerlukan strategi.. lagipun kemahiran yang pernah ada takkan hilang selagi dimanfaatkan, insyaAllah..
Telah banyak perkara yang berlaku sepanjang 4 tahun ini. Jatuh bangun dan pahit manis dalam perjuangan membuatkan diri lebih kaya dengan pengalaman. selama berkecimpung dalam bidang yang amat aku minati dulu, bukan tiada masa depan.. mungkin sebab kurang permintaan serta banyak saingan menyebabkan tak ramai yang menyokong untuk terus memajukan bidang ini dengan anggapan zaman IT ni sudah tak ada lagi yang perlu dimajukan.
Apapun yang aku buat, buat dengan kesungguhan dan ketenangan. tak perlu gopoh nak cepat mencapai sesuatu. setiap langkah mesti betul, biar lambat asal selamat. mungkin selepas ni aku kongsikan juga hasil kerja dan bagaimana cara aku buat. tidaklah sehebat dan profesional sangat, kerana ak masih lagi amatur dan newbie lagi dalam bidang ni. sekian dulu utk kali ni. semoga tahun baru ini akan memberikan kita satu kejutan yang istimewa dalam hidup, insyaAllah..