Assalamualaikum <-- brapa="" kali="" nak="" ni="" p="" pun="" tersasul="" tulis="">
Manusia sekarang, termasuk diri ini, tidak boleh berpisah dengan dunia IT, demam sakit, tidur bangun, semua kena online. Bagiku ia bukan keperluan, cuma satu latihan atau amalan biasa bagi komuniti yang tak mau ketinggalan mendapatkan informasi atas talian. Yang penting mesti tau bezakan maklumat samada sahih atau palsu.
Sejak kebelakangan ni, kesihatanku semakin merudum. Semua kerja dan operasi hidupku tergendala, malah semakin 'kucha bara' dibuatnya, sebabnya, tiada orang lain mampu menggantikan tempatku yang tidaklah terlalu mencabar sangat. Kalau boleh atau ada yang mau, aku nak ajar sehari atau sampai pandai.. pon tak ada juga, jangan menyesal kemudian hari sudah. Sepanjang bercuti, satu pengajaran penting buat semua: Lapar itu nikmat.
Percayalah, lapar itu sungguh nikmat, Puasa itu sungguh nikmat. Selagi kamu boleh berasa lapar, bersyukurlah sebelum menyesal. Kenapa? sebab makan semasa perut sedang laparlah yang paling nikmat. Tapi aku sekarang sudah sukar untuk berasa lapar, bukan kerana terlalu kenyang, tapi kerana sebab yang tidak dapat dielakkan.
Parlimen sudah bubar, makin sibuk pula rasanya. Bangun pun makin lambat, tak tahu la apa nak jadi, yang pasti hidup mesti diteruskan sehingga mencapai matlamat setinggi-tinggi cita-cita. InsyaAllah. Amin.
-->