Tuesday, January 30, 2018

Bertemu lagi di 2018

fuhh.. lama sungguh tak jenguk blog ni. sampai lupa bahawa ia pernah wujud..
sayang pulak rasa tak manfaatkan platform yang sediada ni. kali ni aku nk start dari zero balik, dah jauh lari bidang ni. Daripada bidang komputer kepada bidang smartphone.
aku cuma follow the flow.. bukan bermakna tak ada prinsip, tapi untuk meneruskan survival juga memerlukan strategi.. lagipun kemahiran yang pernah ada takkan hilang selagi dimanfaatkan, insyaAllah..

Telah banyak perkara yang berlaku sepanjang 4 tahun ini. Jatuh bangun dan pahit manis dalam perjuangan membuatkan diri lebih kaya dengan pengalaman. selama berkecimpung dalam bidang yang amat aku minati dulu, bukan tiada masa depan.. mungkin sebab kurang permintaan serta banyak saingan menyebabkan tak ramai yang menyokong untuk terus memajukan bidang ini dengan anggapan zaman IT ni sudah tak ada lagi yang perlu dimajukan.

Apapun yang aku buat, buat dengan kesungguhan dan ketenangan. tak perlu gopoh nak cepat mencapai sesuatu. setiap langkah mesti betul, biar lambat asal selamat. mungkin selepas ni aku kongsikan juga hasil kerja dan bagaimana cara aku buat. tidaklah sehebat dan profesional sangat, kerana ak masih lagi amatur dan newbie lagi dalam bidang ni. sekian dulu utk kali ni. semoga tahun baru ini akan memberikan kita satu kejutan yang istimewa dalam hidup, insyaAllah..

Thursday, December 19, 2013

Selamat tinggal 2013

Sekejap sahaja masa berlalu. Tiba2 dah keluar promosi jualan akhir tahun menandakan tahun ini akan berlalu berganti masa. Banyak yg telah berlaku sepanjang tahun ini, yang pasti semuanya telah tertulis dlm qada n qadar Allah.

Azam aku utk 2015 semoga langsai semua hutang aku dengan Allah, solat, puasa dan zakat yang selama ini pernah aku abaikan. Semoga kata2 ku disini menjadikan semangat utk istiqamah sehingga tiada lg bebanan buatku dlm segala dosa, amin.

Semoga pembaca seklian juga mengkritik atas janjiku yg mungkin aku akan terlupa.

Sedihnya... Nk smbung sket lg.

Aku tdk mengharapkan apa2 didunia utk kekal bersamaku. Ya la, harta pon xbanyak, isteri pon xda, kereta pon xda, rumah pon xda. Kernaku yakin Allah telah sediakan sesuatu yg lebih baik utk hambanya. Aku disini sekadar meneruskan hidup yg sementara sahaja. Apa yg aku buat mudah2an diredhai Allah.

Wednesday, December 18, 2013

Peluang Perniagaan Percuma

Hampir kita sampai ke penamat tahun 2013. Untuk golongan melayu yang masih menganggur diluar sana, pada saya, itu bukanlah cita-cita anda yang sebenarnya. Saya percaya anda sedang mencari sesuatu yang bermakna dalam hidup demi masa depan yang gemilang bukan sahaja di dunia malah juga di alam abadi.

Saya lebih suka melihat umat islam terutama orang melayu seperti saya berjaya dalam apa yang mereka citakan walaupun saya tidak berjaya seperti mereka. Mengapa ada hasad dengki sedangkan saingan antara kita adalah cabaran yang positif. Tidak perlu bermegah kalau sudah rasa kita berjaya.kerana riak dan takbur itu mainan syaitan.

Semoga penghujung tahun ini menjadi penghujung kepada kegagalan anda kerana saya ingin mengajak anda menjadi pengurus seperti saya, BUKAN pekerja saya. Selagi anda masih boleh membaca tulisan ini, selagi itu anda layak menjadi pengurus/manager di Syarikat yg akan anda tubuhkan sekarang.

Saya telah banyak melabur untuk perniagaan ini tapi saya tidak akan biarkan anda melabur berlebihan tanpa hasil yang berbaloi. Malah saya akan berikan bisnes ini secara PERCUMA kepada sesiapa sahaja yang ingin mencuba. MODAL? anda tetapkan sendiri tapi saya syorkan RM101 sebagai permulaan. RM50? tiada masalah, RM10? boleh saja. Nak pinjam modal pun boleh Kerana saya akan ikuti perkembangan bisnes anda dari masa ke masa sehingga anda mampu berdiri tanpa bergantung kepada thirdparty yg sedikit sebanyak mengikis keuntungan yg anda perolehi.

Sekiranya keuntungan yg anda perolehi lebih tinggi daripada saya, itu adalah lebih baik daripada keuntungan yang diperoleh bangsa asing yg berniaga dalam bisnes yg sama. Ini adalah kerana Visi saya adalah untuk mengurangkan kebergantungan kita terhadap perniagaan bangsa asing di Malaysia.
Tidak dinafikan bisnes ini dipelopori oleh kaum chinese di negara kita, kita yakin mampu mencipta idea baru daripada idea asal mereka yang mana lebih komprehensif untuk umat islam.

Tahukah anda, setiap hari boleh topup secara percuma?
Jadi saya menyeru kepada anda semua mengambil peluang ini secepat mungkin.

Saturday, October 19, 2013

Blog Suspended

Ari ni nak cerita pasal nostalgia zaman kegemilangan Syok.Org.

Pada tahun 2005-2006, website budakcosmo.net baru nak famous. Masa tu aku masih main mIRC untuk chating, download dan sebagainya. Tiba-tiba ada satu room atau channel otai2 Shell mIRC. aku join channel tu sampai dapat jadi Op (operator). Disitu jugaklah aku dijemput untuk menjadi admin budakcosmo.net. selang beberapa tahun, website tersebut bertukar nama dan versi kepada Syok.Org. Sampai aku pun lupa macam wajah budakcosmo.net dulu. Aku adalah admin terawal post movie dalam category tersebut kalau tak silap. ID aku nombor 24, maksudnya antara 24 terawal mendaftar dalam website syok.org pada masa tu. Banyak link2 download yang aku sumbangkan. Sambil2 tu aku belajar buat website dan blog. Kalau korang masih ingat, sebelum blogspot famous, tripod adalah platform blog yg terawal pernah aku cuba. Tripod banyak sangat iklan, sekarang ni tak tau la macam mana. betapa banyaknya blog yang aku buat, sampai tak ingat semua password dan mati begitu saja. Salah satunya, ahmadaiman.wordpress.com.

Inilah antara blog aku yang berjaya mendapat tempat. Bilangan pelawat kira2 100 lebih sehari. Aku promote kt forum Syok.org dan mendapat permintaan update yang sangat tinggi. Sehinggalah pada satu tahap, tanpa sebarang amaran, blog aku lingkup. Aku tak mau berburuk sangka, tapi aku rasa mesti ada yang report. Walaubagaimanapun Alhamdulillah, aku sempat kumpul download point melalui Ziddu sehingga USD100lebih.


Sampai sekarang aku tak boleh recover data2 aku balik. Aku rindukan zaman kegemilangan itu.

Wednesday, October 16, 2013

Company Website

Selamat Hari Raya Aidiladha.
Lama dah ketinggalan nak update entry kat sini. sepatutnya post kali ini berkaitan dengan EcafePro, tapi oleh kerana banyak urusan yang perlu dibereskan terpaksalah tangguh buat sementara waktu. Sekarang ni sibuk dengan website company untuk Program SKMM. InsyaAllah ada habuannya nanti.

Sambil-sambil belajar tentang website ni, saya nak promote sikit pasal pakej website termurah di Malaysia ni iaitu serendah RM10 sahaja untuk hosting dan domain .com.my RM70 setahun. Sebenarnya memang dah lama belajar website ni, masa pengajian tinggi pon dah khatam, cuma perlu dipraktikkan balik supaya kemahiran ni tidak mati begitu saja.

Untuk maklumat lanjut tentang website, boleh terus ke website rasmi company saya : http://pmmc.com.my/?page_id=70


Saturday, September 14, 2013

EcafePro as Billing System

Alhamdulillah, internet connection berfungsi dengan baik di kesemua PC. Masalah server yang tiada internet tempoh hari adalah disebabkan IP conflict yang berlaku antara salah satu adapter Lan server dengan IP client. IP client untuk PC1 aku set 192.168.1.11, jadi di server (2nd port) aku ubah menjadi 192.168.1.111.


Server ini terdapat 2 adapter (2port) untuk cat6 connection:

Setting untuk port pertama adalah seperti berikut:

Ini adalah setting asal daripada otai yg telah membantu melalui TeamViewer, terima kasih yang tak terhingga kepada beliau, setting ni kalo cari kat internet pon takda. Seterusnya, di CCboot software, aku test pada 2 pc client seperti berikut:


PC1 dan PC2


Setting asal juga daripada otai, cuma aku ubah IP setiap client supaya EcafePro dapat mengenalpasti setiap client berpandukan IP. Nampak tak hubungkait dia? Server mengenalpasti Client berpandukan Mac Address, manakala EcafePro (Install kat PC kaunter) mengenalpasti client melalui IP yang diset oleh server.

Untuk lebih jelas, lihat setting ini:
 IP Allocated start-end tu adalah range yang kita hadkan untuk server scan DHCP atau IP dalam network. Setting kt atas tu aku dah tukar dari 192.168.1.30 kepada range yg lebih besar iaitu 192.168.1.110 (max 255) kerana client aku nak set sehingga ip tersebut sahaja. Nanti entry seterusnya aku akan tunjuk mcm mana IP yg aku setkan pada client. (tak kisah mcm mna IP client cuma aku set untuk mudah ingat sebab nanti ak cadang nk pakai VNC viewer)


Yang kat atas ni pula adalah disk mapping yg mana akan terwujud partition di client seperti yg telah aku tunjuk dalam post sebelum ini, cuma sekarang kita lihat hubungkaitnya dengan server. Hardisk di server adalah seperti berikut:
GameDisk diatas ialah pertition E: (1 hardisk sebenarnya) yg mana tidak boleh diakses semasa superclient diaktifkan. Untuk entry yang seterusnya aku akan tunjukkan macam mana untuk setting EcafePro sebagai billing sistem. Nampak entry ni dah panjang sangat, boring plak korang baca.

Thursday, September 12, 2013

DHCP Setting Avoid IP Conflict

Sebelum ini dah ada entry berkaitan DCHP Server dan setting router untuk disable dhcp kat router. Seperti sangkaan, benarlah setting ini belum siap sepenuhnya kerana di server sendiri perlu juga setting. Contohnya kalau tanpa Diskless sistem, kita kena assign ip untuk setiap client seperti gambar ini:

Gambaran di Server 2nd ethernet port yang telah disambung dengan router


Setting ini adalah untuk router yang telah diDisablekan DHCP. Berbeza untuk Diskless sistem, setting cuma perlu dilakukan diserver sahaja. buat masa ni server aku sendiri pun tak boleh connect internet, itu yang agak menghairankanku, tapi client boleh seperti biasa. IP di client semua ditetapkan oleh server atau jika mahu ubah pun juga diserver.

Di Diskless client, gambaran adalah seperti berikut:

Ip 192.168.1.11 itu boleh diubah diserver mengikut pilihan masing2, server dapat mengenal pasti PC mana yang settingnya diubah kerana mac address tidak berubah.

Ini pula adalah gambaran di client, C: adalah image dari server yang telah diupload dalam SSD. D: adalah hardisk lain yg dikhususkan untuk Game (E: tu adalah pendrive aku). Nampak macam 2 partition, tapi sebenarnya hardisk yang berlainan yg diakses dari server.

Sekarang ni aku dalam proses mendownload dan install game2 baru kedalam E:. Sekian.